Friday, 5 December 2014

GIGI BERLAGA KETIKA TIDUR 



BRUXISM atau lebih dikenali dengan tabiat mengetap gigi selalunya dilakukan seseorang tanpa disedari ketika tidur nyenyak. Biarpun nampak seperti tidak berbahaya dan hanya menjengkelkan orang sekeliling, ia sebenarnya mampu memberi kesan jangka panjang kepada pelakunya.
Masalah itu boleh dikenal pasti apabila gigi bahagian atas dan bawah diketap dan digesek kuat secara bersama yang dilakukan berterusan hingga mengeluarkan bunyi gesekan yang ‘menyeramkan’ bagi mereka yang pertama kali mendengarnya. 


Walaupun masalah itu mungkin hanya satu fasa dalam kehidupan dan boleh berlalu serta pulih dengan sendirinya, penting untuk setiap orang menanganinya supaya ia tidak berlarutan dan memberi impak pada diri individu itu. 


Antara kesan buruk yang boleh berlaku sekiranya tabiat itu berterusan dalam jangka panjang adalah gigi menjadi haus atau sumbing. Ini kerana gigi pecah di bahagian hujung, kesakitan di bahagian rahang selain turut menyumbang kepada masalah sakit kepala yang teruk.


Selain orang dewasa, tabiat mengetap gigi turut berlaku di kalangan kanak-kanak hingga merisaukan ibu bapa. Sukar untuk melarang anak-anak supaya tidak melakukannya kerana mereka juga tidak menyedari perlakuan itu apatah lagi ia berlaku ketika tidur.


Namun masih ada langkah yang boleh diambil ibu bapa bagi membantu anak mereka menangani tabiat buruk itu. 




  • Ibu bapa harus peka dan memberi perhatian bagi mengenal pasti sama ada anak mereka mengalami bruxism seperti melihat anak-anak yang sedang tidur di tengah malam bagi memastikan mereka bebas daripada masalah mengetap gigi. 


  • Ibu bapa juga perlu memberi perhatian dan mengenal pasti masalah bruxism di kalangan anak-anak apabila anak membuat aduan seperti mereka berasa sakit pada bahagian rahang, tergigit bahagian dalam pipi atau ada anak yang lain mengadu adik-beradiknya membuat bunyi bising ketika tidur. 


  • Bruxism mungkin berlaku akibat rasa tertekan, oleh itu ibu bapa perlu berbincang dengan anak, mengenal pasti isu yang dialami anak seperti dibuli di sekolah atau kerisauan mengenai sesuatu dan mencari penyelesaian kepada masalah berkenaan. Kemungkinan besar masalah mengetap gigi akan berhenti sendirinya apabila anak berasa lebih tenang. 


  • Jika kerisauan memuncak mengenai bruxism di kalangan anak dan ibu bapa hilang punca untuk membantunya, bawa anak bertemu doktor gigi terutama sekiranya anak sering mengadu sakit di bahagian rahang. 

    Doktor gigi akan membantu dengan memberikan pelindung gigi seperti yang digunakan atlet profesional, yang hanya digunakan ketika tidur pada waktu malam bagi mengelak mereka terus mengetap sehingga merosakkan gigi. Bagi kanak-kanak dan bayi, pelindung gigi biasanya dibuat mengikut bentuk mulut dan gigi supaya ia muat. 


  • Didik anak supaya tidak menggigit atau mengunyah apa-apa peralatan seperti pensel, pen, penyedut minuman dan elak beri anak gula-gula getah. Ini kerana tabiat mengunyah sesuatu yang bukan makanan akan membiasakan anak menggunakan otot rahangnya untuk mengetap dan mengisar, seterusnya boleh mendorong bruxism berlaku pada waktu tidur. 


  • Cara lain yang boleh dilakukan ibu bapa untuk membantu mengurangkan seterusnya menangani masalah bruxism adalah meletakkan kain yang direndam dalam air suam di bahagian pipi berhampiran telinganya selama 10 minit. Ini bagi merehatkan otot rahangnya setiap kali sebelum anak tidur. 


  • Ibu bapa juga perlu memastikan anak mereka minum air yang cukup sepanjang hari termasuk sebelum tidur. Masalah bruxism sering berlaku apabila tubuh kekurangan cecair. 


  • Sediakan suasana tidur yang menenangkan untuk anak supaya dia tidak tertekan setiap kali sebelum tidur. Misalnya memberikan anak susu suam, mandian suam atau membacakan buku cerita yang menggembirakannya. 


  • Jangan berikan anak makan coklat atau minuman susu berperisa sebelum tidur. Ini kerana kandungan kafein dan gula dalam makanan itu akan menyebabkannya sukar tidur atau membuatkan tidurnya sedikit terganggu. 


  • Selain kanak-kanak, bruxism juga boleh berlaku di kalangan bayi. Oleh itu, bawa anak bertemu doktor kanak-kanak dan maklumkan semua maklumat mengenai waktu dan tempoh bayi anda biasa mengetap giginya. Ini bagi membantu doktor memahami dan mencari penyelesaian kepada masalah itu. 


  • Jangan biarkan anak menangis atau meragam sebelum tertidur. Pastikan bayi berasa tenang dengan mendodoi dan mendakapnya rapat ke badan sehingga dia tidur dalam keadaan tenang. 


  • Biarpun bruxism selalu berlaku ketika tidur, ia juga boleh berlaku ketika aktiviti yang memberi tekanan pada bayi atau kanak-kanak. Ibu bapa perlu peka dan kenal pasti tabiat suka mengetap dan menggesek gigi pada anak mereka. 


  • Sekiranya anak atau bayi didapati mengetap gigi ketika anda membacakan buku cerita menakutkan mereka atau menonton filem seram menakutkan, elakkan perkara sedemikian. 


  • Jika anak cenderung menggesek gigi sekiranya sedang bimbang, cuba pelbagai cara untuk membuatkan anak berasa lebih selamat dan tenang termasuk sering mendakapnya dan memberi perhatian sewajarnya apabila ibu bapa sedar dia berada dalam keadaan tertekan dengan keadaan sekelilingnya. 


  • Selain kanak-kanak, orang dewasa juga boleh mengalami masalah bruxism. Ia boleh diatasi jika pandai menguruskan tekanan, kurang mengambil minuman berkafein, mandi air suam, minum susu suam serta merenggangkan otot sebelum tidur.
  • Monday, 20 October 2014

    KEPALA DIBAHAM BUAYA

    gambar hiasan


    Betong: Seorang lelaki maut selepas dibaham buaya di Sungai Rimbas, pagi tadi.
    Kejadian berlaku pada jam 10 pagi mengorbankan Mustapa Bunsu, 50, dengan mayatnya ditemui tidak berkepala dan lengan kiri pada 3.40 petang tadi.
    Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, mangsa bersama empat rakan ke sungai berkenaan untuk mencari pokok sagu.

    Katanya, seekor buaya datang secara tiba-tiba lalu menyambarnya.

    Foto
    PENDUDUK membantu mengangkat mayat Mustapa yang ditemui selepas dibaham buaya.

    "Operasi mencari dan menyelamat dijalan sebelum mayatnya ditemui lima jam kemudian kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

    "Mayat kemudian dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat," 

    BUDAK NYARIS MAUT TERSEPIT JERIJI PINTU



    gambar  hiasan 

    Di Gombak ,Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun hanya mampu menangis selepas tersepit di jeriji pintu rumahnya di tingkat tiga kondominium di Selayang, di sini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang semalam, mangsa yang bermain di rumahnya dikatakan memasukkan kepala ke celah jeriji itu sebelum gagal menarik keluar kepalanya.
    Ahli keluarga mangsa yang panik kemudian segera menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang untuk meminta bantuan.

    Jurucakap BBP Selayang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.28 petang dan tiba di lokasi kejadian pada jam 2.35 petang.


    gambar kanak kanak yang tersepit 


    "Sebaik tiba, kami melihat kepala kanak-kanak itu tersepit di jeriji besi pintu rumahnya.

    "Mangsa yang tersepit selama hampir 20 minit kemudian berjaya diselamatkan selepas anggota bomba menggunakan alat pemotong besi untuk memotong jeriji itu," katanya.

    Thursday, 16 October 2014

    NURSE BUNUH 38 ORG PESAKIT!!!

    Walaupun mengalami tuduhan bunuh terhadap 38 orang pesakit, rakan-rakan Daniela mengambarkannya sebagai seorang yang riang dan sentiasa bersemangat untuk bekerja.






    Seorang jururawat di sebuah hospital di , Itali Italy  disyaki membunuh 38 pesakit selepas dituduh menyuntik seorang daripadanya menggunakan kalium klorida hanya kerana sikap pesakit atau keluarga mereka menyakitkan hatinya.


    Daniela Poggiali ditahan di Lugo, utara Itali selepas kematian mengejut pesakit berusia 78 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana demam biasa.


    Berikutan kejadian itu, polis Itali sedang menyiasat dan memperluaskan skop membabitkan kematian 38 pesakit kerana disyaki dibunuh jururawat itu dan ujian menunjukkan saluran darah pesara itu( pesakit 78 tahun yang mati mengejut) mengandungi sejumlah besar kalium klorida di mana jika ia diberi dalam dos tinggi boleh menyebabkan serangan jantung iaitu bahan yang sering digunakan ke atas banduan yang menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat.


    Selain daripada itu ,seorang rakan sekerjanya pula memberitahu, Daniela pernah memintanya merakam gambarnya bersebelahan seorang pesakit yang baru meninggal dunia, dan  pernah begurau dengan rakannya bahawa dia memberi dos yang tinggi kalium kepada pesakit yang tenat.




    Daniela juga didakwa pernah memberi ubat pelawas buang air besar kepada pesakit sebelum menamatkan syifnya kerana dengan sengaja mahu menyusahkan rakan sekerja pada syif seterusnya.

    Walaubagaimanapun kes ini masih dalam siasatan dan ketua pendakwa Alessandro Mancini memberitau kes ini agak sukar untuk diselesaikan kerana Daniela telah 'mengalami masalah mental' sejak dia ditahan beberapa hari lepas. 











    Monday, 13 October 2014

    Datuk 81 Tahun Tukar Jantina






    Ruth Rose kini bukan lagi James pada usia 81 tahun.

    BEKAS pemandu arah pesawat Tentera Udara Diraja British menjadi individu paling tua di negara itu yang menjalani pembedahan tukar jantina pada usia 81 tahun.



    Pembedahan bagi menukar penampilan James kepada Ruth Rose itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai kritikan kerana usia lanjutnya.


    Bagaimanapun, wanita itu berkata: "Saya sentiasa tahu saya berada dalam tubuh yang salah."


    Ruth mengakui dia hanya ada satu kekesalan ketika melakukan pembedahan itu iaitu mengimpikan untuk memiliki payu dara yang lebih besar.


    Tetapi, dia gembira kerana penantian sejak berusia lapan tahun untuk menjadi seorang wanita itu akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini.




    Dahulu dia dikenali sebagai James, seorang duda beranak tiga dan juga datuk kepada empat cucu.


    Dia kemudiannya mula menjalani kehidupan sebagai Ruth empat tahun lalu dan mula menerima terapi hormon wanita sebelum menjalani transfomasi dirinya menerusi pembedahan.


    Pada Julai lalu, Ruth yang bertugas sebagai petugas kebajikan menjalani pembedahan untuk membuang organ seks lelaki.


    "Saya merasakan diri ini lebih sempurna sekarang," katanya dengan Sunday People dalam temubual baru-baru ini.


    Ruth yang mendapat sokongan doktonya berkata, setiap saat kini akan dinikmati sebagai seorang wanita, seperti mana yang diimpikan selama ini.


    Berasal dari Newhaven, East Sussex, Ruth yang aktif dalam kegiatan kebajikan bercerai 11 tahun lalu.


    "Ketika berkahwin, hidup saya di rumah sebagai seorang lelaki dan ketika keluar untuk bersama rakan, saya akan berpakaian seperti wanita," katanya.


    Prosedua dan rawatan yang dijalani Ruth mencecah £4,000 dan dia adalah individu paling tua untuk melalui proses rumit itu.


    "Pakar bedah memberitahu, melalui pembedahan seumpama itu mereka dapat menyelamatkan ratusan nyawa daripada membunuh diri," katanya.


    "I’m Pregnant with My dad’s Baby and We are So in Love"


    OH MY GOD!





    i'm pregnant with my dad's baby full article






    Selepas kematian ibunya, Penny lawrence, seorang wanita berumur 28 tahun cuba untuk menjejaki keberadaan ayahnya, Gerry Ryan, yang hilang tanpa jejak sejak beberapa tahun yang lalu.
    Penny kemudian menemui ayahnya di Houston, Texas, selepas ditemukan semula, mereka menjadi rapat dan sentiasa kelihatan bersama, seperti pasangan anak-beranak yang bahagia.
    Tetapi keakraban diantara mereka itu mula menimbulkan syak wasangka, keakraban mereka seakan-akan menunjukkan yang mereka berdua itu adalah sepasang kekasih dan bukan anak-baranak.
    Hubungan itu mendapat perhatian orang ramai apabila Penny disahkan mengandungkan anak Gerry, di dalam erti kata yang lain, dia mengandungkan adiknya sendiri.
    Apabila ditemubual, dua pasangan kekasih/anak-beranak ini tidak merasakan yang mereka melakukan sesuatu yang salah, mereka mengatakan yang mereka bahagia tentang apa yang berlaku, dan mereka akan terus menjalankan hubungan percintaan.
    Menurut Gerry lagi, mereka akan membesarkan anak tersebut dan hidup bersama seperti pasangan suami isteri yang lain.







    CARA DANDANAN RAMBUT ;)





















    The Easiest Pretty Pompadour Tutorial You’ll Ever See
























    will update more later... thanks mr google ;)