Thursday, 16 October 2014

NURSE BUNUH 38 ORG PESAKIT!!!

Walaupun mengalami tuduhan bunuh terhadap 38 orang pesakit, rakan-rakan Daniela mengambarkannya sebagai seorang yang riang dan sentiasa bersemangat untuk bekerja.






Seorang jururawat di sebuah hospital di , Itali Italy  disyaki membunuh 38 pesakit selepas dituduh menyuntik seorang daripadanya menggunakan kalium klorida hanya kerana sikap pesakit atau keluarga mereka menyakitkan hatinya.


Daniela Poggiali ditahan di Lugo, utara Itali selepas kematian mengejut pesakit berusia 78 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana demam biasa.


Berikutan kejadian itu, polis Itali sedang menyiasat dan memperluaskan skop membabitkan kematian 38 pesakit kerana disyaki dibunuh jururawat itu dan ujian menunjukkan saluran darah pesara itu( pesakit 78 tahun yang mati mengejut) mengandungi sejumlah besar kalium klorida di mana jika ia diberi dalam dos tinggi boleh menyebabkan serangan jantung iaitu bahan yang sering digunakan ke atas banduan yang menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat.


Selain daripada itu ,seorang rakan sekerjanya pula memberitahu, Daniela pernah memintanya merakam gambarnya bersebelahan seorang pesakit yang baru meninggal dunia, dan  pernah begurau dengan rakannya bahawa dia memberi dos yang tinggi kalium kepada pesakit yang tenat.




Daniela juga didakwa pernah memberi ubat pelawas buang air besar kepada pesakit sebelum menamatkan syifnya kerana dengan sengaja mahu menyusahkan rakan sekerja pada syif seterusnya.

Walaubagaimanapun kes ini masih dalam siasatan dan ketua pendakwa Alessandro Mancini memberitau kes ini agak sukar untuk diselesaikan kerana Daniela telah 'mengalami masalah mental' sejak dia ditahan beberapa hari lepas. 











No comments:

Post a Comment